Tuesday, February 22, 2011

Sistem Pengangkutan Baru Bakal Jadi Ikonik Malaysia





Pertama di Melaka, bakal menjadi ikonik Malaysia dan satu-satunya di dunia.

Itu perkhidmatan trem menggunakan teknologi gas asli kenderaan, NGV, berharga RM270 juta di bandaraya warisan dunia itu yang dijangka siap Mei tahun depan.

Upacara pecah tanah projek pembinaan trem Melaka ini disempurnakan Perdana Menteri petang tadi.


Sistem pengangkutan mesra alam sepanjang 40 kilometer ini meliputi 32 stesen.

Kelajuan maksimumnya 60 kilometer sejam.

Projek dibangunkan syarikat M-Rails dengan kerjasama C-N-R Tangshan Railway Vehicles Company Limited, China.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI.
Kita perlu mencetuskan produk2 lebih unik lagi, menarik, unik kerana belum lagi pernah dilakukan, oleh itu projek tram Melaka, first of its kind di dunia, kerana guna NGV sebagai penggeraknya, teknologi ini dibangunkan rakyat Malaysia.
Menurut beliau, perkhidmatan trem ini menawarkan tiket murah dengan 2 ringgit satu perjalanan dan 5 ringgit untuk sehari.

Bagi warga emas, pelajar dan orang kelainan upaya, mereka boleh menaikinya secara percuma.

No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER