Friday, December 27, 2013

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk Bujang - RM300 dan Ketua Isi Rumah - RM 450 dan RM 650




Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Pemberian BR1M 2014:

  1. Kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
  2. Indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
  3. Caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
  4. Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Pembayaran BR1M 2014 dan Info Lanjut

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

KEPADA YANG SUDAH MEMOHON ANDA TILAK LAGI PERLU MEMOHON HANYA PERLU UPDATE SAHAJA. TQ 


CARA-CARA MEMOHON

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk Bujang - RM300 dan Ketua Isi Rumah - RM 450 dan RM 650  

 



Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah dibuka dan boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web LHDN atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai  23 Disember 2013.  
Permohonan Online boleh dibuat di www.hasil.gov.my sila (KLIK DISINI)


Bagi permohonan secara manual borang permohonan BRIM  2014 boleh di dapati di:


Untuk Borang Yang Lengkap ---->>  (KLIK DISINI)

Contoh Borang BRIM 3.0 Tahun2014


Sebelum memohon kena tengok dulu apa syarat-syarat permohonan BRIM 3.0. Bantuan BR1M terbahagi kepada 3 seperti berikut:







Isi Rumah
Syarat
Bantuan BR1M RM650
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas













Isi Rumah
Syarat
Bantuan BR1M RM450
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas











Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda
Syarat
Bantuan BR1M Bujang RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250




DEFINISI ISI RUMAH



Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
Selain secara online, borang turut boleh didapati dilokasi seperti yang dinyatakan dibawah
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER