Google+ Followers

FOLLOW LAH YUP MMBR2 YG FOLLOW AQ NI...

Sunday, December 28, 2014

Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan

Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan






Pesawat AirAsia AWQ 8501 dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Surabaya ke Changi, Singapura dilaporkan terputus hubungan pagi taxi.
Media Indonesia melaporkan, pesawat yang membawa 155 penumpang dilaporkan hilang di ruang udara sekitar Pulau Kalimantan selepas berangkat pada 5.20 pagi (waktu Indonesia Barat).
Pesawat terbabit sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan).
****AirAsia akan memberi kenyataan pada bila-bila masa.
****Wakil kami ke Singapura untuk mendapatkan maklumat terkini

Akta Darurat - Laws Of Malaysia

AKTA DARURAT





PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA:
  1. Pengisytiharan Darurat Bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri atas syor JPBP, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

  1. Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan Pemulihan kepada mangsa-mangsa Bencana akan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan yang berkaitan.

VIEW PDF




Sumber: http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/Perlembagaan%20Persekutuan-Ma.Html 
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Mengandungi pindaan terkini - Akta A1198/2003
BAHAGIAN XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT

Perkara 149. 
Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
Perkara 150. Proklamasi darurat.
Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.


(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan-
(a)
untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b)
untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c)
untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d)
untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e)
yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f)
yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.


____________________________________
CATATAN

Bahagian XI:
Tajuk "KUASA-KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF DAN KUASA-KUASA DARURAT" digantikan dengan "KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM, DAN KUASA DARURAT" oleh Akta A442, seksyen 5, berkuat kuasa dari 31-12-1978.


Per. 149:
1. Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 10/1960, perenggan 28(a) dan (b), berkuat kuasa dari 31-5-1960, dan menggantikan Perkara asal yang berbunyi seperti yang berikut:

"149.(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan, untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu, maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5,9, atau 10, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa setelah habis tempoh satu tahun dari tarikh undang-undang itu mula berkuat kuasa, tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.".

2.Lihat Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82].

3. Perkataan ", tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb." dimasukkan selepas "subversif" dalam nota bahu oleh Akta A442, seksyen 5, berkuat kuasa dari 31-12-1978.

Fasal (1): Perenggan (e) digantikan oleh Akta A442, seksyen 5, berkuat kuasa dari 31-12-1978. Perenggan asal berbunyi seperti yang berikut:

"(e) yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;".

4. Perenggan (f) ditambahkan oleh Akta A442, seksyen 5, berkuat kuasa dari 31-12-1978.


Per. 149(1):
Perkataan "atau 10" digantikan dengan ", 10 atau 13" oleh Akta A514, seksyen 14, berkuat kuasa dari 15-5-1981.

Perkara 150. Proklamasi darurat.

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

(2A) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini termasuklah kuasa untuk mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi telah dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi itu sedang berkuat kuasa.

(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.

(2C) Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah ordinan itu ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah Fasal (3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memasyhurkan ordinan di bawah Fasal (2B) boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).

(4) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan pemberian arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6A), semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi suatu Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang yang sedemikian atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian, dan juga tidaklah terpakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa keizinan atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenainya atau yang menyekat permulaan kuat kuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat Rang Undang-Undang daripada dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa dan yang mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini.

(6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(7) Apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dengan tarikh sesuatu Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa, apa-apa ordinan yang dimasyhurkan menurut Proklamasi itu dan, setakat yang undang-undang itu tidak dapat dibuat dengan sahnya jika tidak kerana Perkara ini, apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Proklamasi itu berkuat kuasa, hendaklah terhenti berkuat kuasa, kecuali tentang perkara-perkara yang telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh itu.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini-


(a)
hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan
(b)
tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan-
(i)
sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);
(ii)
kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;
(iii)
mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau
(iv)
penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.


(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang hanya jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu.


____________________________________
CATATAN

Per. 150:
Fasal (1):

1. Perkataan "sama ada disebabkan oleh peperangan atau pencerobohan dari luar negeri atau kekacauan di dalam negeri" yang terdapat selepas "adalah terancam oleh kerananya," dipotong oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(1), berkuat kuasa dari 16-9-1963.

2. Fasal (1) dan (2): Digantikan oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981. Fasal (1) dan (2) yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
"Proklamasi darurat.
150. (1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku dan keselamatan atau kehidupan ekonomi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam kerananya, sama ada disebabkan oleh peperangan atau pencerobohan dari luar negeri atau kekacauan di dalam negeri, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat.
(2) Jika Proklamasi Darurat dikeluarkan dalam masa Parlimen tidak bersidang, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, dan sehingga kedua-dua Majlis Parlimen bersidang, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan ordinan-ordinan yang mempunyai kuat kuasa undang-undang jika berpuas hati bahawa tindakan serta-merta dikehendaki.".

3. Perkataan "Yang di-Pertuan Agong" digantikan dengan perkataan "Perdana Menteri" dan perkataan "boleh" digantikan dengan "dia hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong dengan sewajarnya dan Yang di-Pertuan Agong hendaklah kemudiannya" kedua-duanya oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.

4. Lihat Proklamasi dalam P.U.271/1964, P.U. 339A/1966, P.U.(A) 145/1969.

Fasal (2): Perkataan "Yang di-Pertuan Agong" digantikan dengan perkataan "Perdana Menteri" dan perkataan "dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dengan sewajarnya" dimasukkan selepas perkataan "yang mengancam itu" oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.

Fasal (2A): Ditambahkan oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981. Perkataan "untuk mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat" dimasukkan selepas perkataan "oleh Perkara ini"; perkataan "sebagaimana dinasihatkan oleh Perdana Menteri," dimasukkan selepas perkataan "hal-hal keadaan yang berlainan". Perkataan "oleh Yang di-Pertuan Agong" dipotong. Pindaan-pindaan ini dibuat oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.

Fasal (2B): Ditambahkan oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981. Perkataan "Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya dikehendaki mengikut hal-hal keadaan" digantikan dengan "Perdana Menteri berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu diambil tindakan serta-merta, maka dia hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapati perlu oleh Perdana Menteri, dan Yang di-Pertuan Agong hendaklah kemudiannya memasyhurkan ordinan-ordinan itu dengan sewajarnya" oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.

Fasal (2C): Ditambahkan oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981. Perkataan "Yang di-Pertuan Agong" dipotong oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.

Fasal (3):

1. Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 10/1960, seksyen 29, berkuat kuasa dari 31-5-1960, dan menggantikan Fasal asal yang berbunyi seperti yang berikut:

"(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa-
(a)
sesuatu Proklamasi, apabila habis tempoh dua bulan mulai tarikh Proklamasi itu dikeluarkan; dan
(b)
sesuatu ordinan, apabila habis tempoh lima belas hari mulai tarikh kedua-dua Majlis bersidang pertama kali,

melainkan jika, sebelum habis tempoh itu, Proklamasi atau ordinan itu telah diluluskan melalui suatu ketetapan setiap Majlis Parlimen.".

2. Perkataan "Fasal (22)" (di dua tempat) digantikan dengan "Fasal (2B)" oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981.

3. Perkataan "Yang di-Pertuan Agong" dipotong oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.

Fasal (8) perenggan (a): Perkataan "Yang di-Pertuan Agong disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B)" digantikan dengan perkataan "Perdana Menteri yang disebut dalam Fasal (1), (2) dan (2B)" oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.

Fasal (8) perenggan (b)(i): Perkataan "sama ada atau tidak berbangkit di bawah Fasal (2)" dimasukkan selepas perkataan "dinyatakan dalam Fasal (1)" oleh Akta A566, seksyen 20, berkuat kuasa dari 16-12-1983.


Catatan:

Perkara 150 dipinda lagi oleh Akta A584 yang mengekalkan peruntukan-peruntukan asal seperti yang terdapat sebelum pindaan yang dibuat oeh Akta A566 seperti yang tedapat kini.

Per. 150(5):
Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "atau dalam Perlembagaan Negeri Sarawak" dimasukkan oleh Akta 68/1966, seksyen 3, selepas perkataan "Perlembagaan ini" yang terdapat mula-mula itu, berkuat kuasa dari 20-9-1966, dan akan berhenti berkuat kuasa enam bulan selepas tarikh terhentinya kuat kuasa Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14-9-1966 dalam P.U. 339A/1966. Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut:

"(5) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disenaraikan dalm Senarai Negeri (selain apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat orang Melayu), melanjutkan tempoh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri, menggantung mana-mana pilihan raya, dan membuat apa-apa peruntukan yang berbangkit atau bersampingan dengan mana-mana peruntukan yang dibuat menurut Fasal ini.".


Per. 150(6):
Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "atau bagi Perlembagaan Negeri Sarawak" dimasukkan oleh Akta 68/1966, seksyen 3, selepas perkataan "Perlembagaan ini" di hujungnya, berkuat kuasa dari 20-9-1966, dan akan terhenti berkuat kuasa enam bulan selepas tarikh terhentinya kuat kuasa Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14-9-1966 dalam P.U. 339A/1966. Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut:

"(6) Tiada peruntukan mana-mana undang-undang atau ordinan yang dibuat atau yang dimasyhurkan menurut Perkara ini boleh menjadi tidak sah atas alasan apa-apa ketidakselarasan dengan peruntukan-peruntukan Bahagian II, dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi mana-mana Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.".


Per. 150(6A):
1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa dari 16-9-1963.

2. Perkataan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.


Per. 150(8) & (9):
Ditambahkan oleh Akta A514, seksyen 15, berkuat kuasa dari 15-5-1981.

Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.

 (1) Jika mana-mana undang-undang atau ordinan yang dibuat atau dimasyhurkan menurut Bahagian ini membuat peruntukan bagi tahanan pencegahan-


(a)
pihak berkuasa yang atas perintahnya mana-mana orang ditahan di bawah undang-undang atau ordinan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, memberitahu orang itu alasan dia ditahan dan, tertakluk kepada Fasal (3), pengataan fakta yang berasaskannya perintah itu dibuat, dan hendaklah memberikan peluang kepadanya untuk membuat representasi terhadap perintah itu dengan seberapa segera yang boleh;
(b)
tiada warganegara boleh ditahan seterusnya di bawah undang-undang atau ordinan itu melainkan jika suatu lembaga penasihat yang ditubuhkan sebagaimana yang disebut dalam Fasal (2) telah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara itu di bawah perenggan (a) dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan setelah menerima representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(3) Perkara ini tidak menghendaki mana-mana pihak berkuasa mendedahkan fakta yang pendedahannya pada pendapat pihak berkuasa itu akan bertentangan dengan kepentingan negara.


_____________________________
CATATAN

Per. 151
Fasal (1)(b):

1. Perenggan yang asal yang berbunyi seperti yang berikut, digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 30, berkuat kuasa dari 31-5-1960:
"(b)
tiada warganegara boleh ditahan di bawah undang-undang atau ordinan itu selama tempoh melebihi tiga bulan melainkan jika suatu lembaga penasihat yang ditubuhkan sebagaimana yang disebut dalam Fasal (2) telah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara itu di bawah perenggan (a) dan membuat laporan, sebelum habisnya tempoh itu, bahawa pada pendapatnya ada sebab-sebab yang mencukupi mengenai penahanan itu.".

2. Akta 10/1960, seksyen 30, berkuat kuasa dari 31-5-1960, menggantikan perenggan (b) yang asal dengan yang berikut:
"(b)
tiada warganegara boleh ditahan di bawah undang-undang atau ordinan itu selama tempoh melebihi 3 bulan melainkan jika suatu lembaga penasihat yang ditubuhkan sebagaimana yang disebut dalam Fasal (2) telah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara itu di bawah perenggan (a) dan telah membuat syor-syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.".

3. Perenggan yang ada sekarang sebagaimana yang terdapat kini digantikan oleh Akta A354, seksyen 40, berkuat kuasa dari 27-8-1976.


Per. 151(2):
1. Perkataan "daripada kalangan orang yang menjadi atau pernah menjadi hakim Mahkamah Agung atau yang layak menjadi hakim Mahkamah Agung, dan" digantikan dengan " dan yang menjadi atau pernah menjadi, atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan" dan perkataan "Hakim Besar atau, jika pada masa itu hakim Mahkamah Agung yang lain memangku jawatan Hakim Besar, selepas berunding dengan hakim itu" digantikan dengan "Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan" oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

2. Kemudiannya pula, subseksyen 18(2) Akta A566 memperuntukkan bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah Agung.

3. Fasal ini yang digantikan oleh Akta A767, seksyen 5, berkuat kuasa dari 11-5-1990, berbunyi seperti yang berikut:

"(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud-maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi, atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung.".

4. Perkataan "Mahkamah Agung' digantikan dengan perkataan "Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan" oleh Akta A885, seksyen 36, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

Thursday, December 18, 2014

Siti Nurhaliza Cakra Khan Seluruh Cinta Lyric mp4

Siti Nurhaliza Cakra Khan Seluruh Cinta Lyric






Saturday, December 6, 2014

Cinta Tak Bernyawa Taufik Batisah Ft Shila Amzah lirik

Cinta Tak Bernyawa : Taufik Batisah Ft Shila Amzah 

 

video

Tuesday, November 18, 2014

Nokia N1 NewTablet Androit 5.0 review




New Flight MH17 Bombshell!? Russia Releases Interesting Satellite Images!

New Flight MH17 Bombshell!? Russia Releases Interesting Satellite Images!



Monday, November 17, 2014

Video Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 1 Full Online 12 penyanyi





Program realiti terbaru Astro, Gegar Vaganza menampil 12 peserta yang terdiri daripada penyanyi yang pernah popular pada tahun 80-an dan 90-an. Jadi menerusi program ini, mereka berpeluang mengembalikan zaman kegemilangan mereka.

Program Gegar Vaganza juga bakal menyaksikan gabungan mantap dua pelawak popular iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara


Konsert Gegar Vaganza 2014 akan diadakan di Auditorium MBSA Shah Alam mulai Ahad, 16 November 2014 dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Maya HD jam 9 malam.
  1. Part 1 Mamat (Exist)
  2. Part 2 Rahmat (Mega)
  3. Part 3 Hasnol
  4. Part 4 Fazli Zainal
  5. Part 5 Nadia
  6. Part 6 Sam (Innuendo)
  7. Part 7 Ayai (Ilusi)
  8. Part 8 Haleeda
  9. Part 9 Shima
  10. Part 10 Sharifah Zarina
  11. Part 11 Ifa Raziah
  12. Part 12 Adilla
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 1 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 2 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 3 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 4 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 5 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 6 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 7 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 8 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 9 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 10 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 11 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 12 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 13 Full Online 12 penyanyi
Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu 14 Full Online 12 penyanyi

Tuesday, September 9, 2014

Lirik Lagu Matahari – Hafiz AF7




Lirik Lagu Matahari – Hafiz AF7
Matahari tak cukup indah Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami
Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Tuesday, September 2, 2014

Lagu Lirik Mamat Exist Keluhan Cinta




Mamat Exist - Keluhan Cinta Lirik

Coming Soon.......

Monday, September 1, 2014

Harga PROTON IRIZ


Proton telah menawarkan dua pakej istimewa sempena Hari Kemerdekaan ke-57. Ia membuka peluang kepada orang ramai untuk membeli mana-mana model keluaran Proton. Tetapi buat masa ini, Proton belum membuka tempahan bagi model terbaharunya yang bakal dilancarkan iaitu Proton Compact Car (PCC).


Dikatakan bakal diberi nama ‘Proton Iriz’, terdapat beberapa imej pengenalan yang terpapar di laman berkeanaan termasuklah rekaan lampu utama yang menggunakan lensa projektor dan reflektor.
 
Dibangunkan menerusi platform terkini Proton, model ini tampil dengan dua enjin terbaharu VVT iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter yang dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sebanyak 10 peratus berbanding dengan enjin Campro. Enjin PCC ini juga dikatakan mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 110hp dan tork 148Nm dan berupaya mencecah kelajuan maksimum sehingga 180km/j.
info lanjut di infokereta.com

Wednesday, July 23, 2014

New Model Perodua Axia Interior & Exterior , gambar axia

Perodua Axia
gambar-gambar kereta produa axia




Specification of 1KR engine :
  • 1.0L (989 cc)
  • 65 PS (48 kW) at 6000rpm
  • 85 N·m (63 lb·ft) of torque at 3600rpm
sumber : yuen89

Friday, July 18, 2014

Russia Media: A Malaysian Passenger Plane Crashed In Ukraine-Russia Border

12 : 25p.m : Obama arah pegawai kanan AS berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Ukraine mengenai pesawat dijatuhkan- Reuters
12 : 20p.m : Pegawai Kementerian Kecemasan berkata serpihan kapal berselerak di sekitar sehingga 15 km dari tapak kemalangan, sekurang-kurangnya 100 mayat kelihatan- Reuters
12 : 15p.m : Perdana Menteri Ukraine, Areseny Yatseniuk arah siasatan segera terhadap nahas." - NST
12 : 07p.m : Perdana Menteri, DS Najib - "Saya terkejut dengan laporan kapal terbang MH terhempas. Kami sedang melancarkan penyisiatan segera." - Twitter
12 : 04p.m : Kawasan berkenaan terlibat dengan peperangan antara pasukan Ukrain dan pemisah Rusia - AP
11 : 57p.m : 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters
11 : 50p.m : Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters
11 : 47p.m : MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat
11 : 45p.m : AP melaporkan kapal terbang ditembak misil pada ketinggian 33,000 kaki


A Boeing 777 Malaysian airlines crashed in Ukraine near the Russian border,Interfax is reporting, citing “a source in the aviation circles.”

“Boeing Malaysian airlines operate flights to Amsterdam — Kuala Lumpur for 50 miles before entering the airspace of Russia, began to decline, he was subsequently found burning on the ground in Ukraine,” the source said, adding that 280 passengers and 15 crew members were onboard.

Military expert Dmitry Tymchuksays the Malaysia Airlines plane crashed to the north of Torez in the Donetsk region, according to Ukrainian journalist Myroslava.

The area is controlled by pro-Russian separatists who are fighting the Ukrainian army.

On July 8, the State Aviation Administration of Ukraine closed the airspace to civilian aircraft after a military transport plane was shot down.

The aircraft reportedly had to cross the Russian border at about 9:30 EDT.

Ukrainian activists tweeted a map where they say